Monday 26 March 2018

India : Itinerary, Tips and Tricks

Assalamualaikum dan hai gais. Hari ni Ahad, 25032018 (masa aku mula writing post ni). Saja nak bagitau sebab 1 hari tak sempat untuk aku habiskan writing on trip ke India ni. Cukup 2 minggu aku balik dari India. For these 2 weeks, aku busy gila tak sempat nak buat draft untuk itinerary aku pergi India hari tu. 4-5 orang jugak la duk pm aku kat facebook dan instagram mintak itinerari dan bajet pergi Kashmir. Sorry awak-awak sekalian, kita busy sikit hehe. Tapi hari ni baru aku sempat nak fikir pasal post India. Busy gila weh walaupun aku dah habis submit thesis master, tapi labwork aku still continue macam biasa. Ada benda yang perlu dihabiskan.

Misi mencari Ranchoddas Shamaldas Chanchad

Tambah lagi semester ni aku jadi lab demo (sem lepas tak jadi demo) dan fasi Bakti Siswa. Phewww~ Serabut weh. Tapi serabut macam mana pun kerja tak pernah habis. So kena ada masa untuk diri sendiri jugak hahaa. Dengan unifi kat rumah kejap on kejap off, hilang mood nak tulis kat blog. Terpaksa aku beli data then on hotspot. Ini semua kes tikus duk gigit wayar unifi kat rumah. Macam takde benda lain dia nak gigit. Plastik jugak dia cari. Tikus tak kenang budi! Dah la menumpang free kat rumah orang. Dia buat onar pulak. Cisss! Dasar parasit.

Okay back to our business gais. Last few days aku ada tulis post kat blog pasal visa ke India. Ye kena ada visa gais. KENA ADA VISA. So korang boleh click link ni Permohonan Visa ke India untuk baca dengan lebih terperinci okay?? Good luck lerrrr buat visa . HAHAHAAA.

Itinerary

# 5 March 2018 || Monday
International flight
Flight details : Malindo OD 205
Transit : New Delhi
Boarding : 6.15 pm 
Arrived    : 11.45 pm

Transit kat New Delhi ni lama jugak la. Sebab ktorang memang ambik gap lama takut flight delay ke apa. Ada kes kat Malaysia flight gap dia sejam je. Lepas tu viral kat facebook kata airlines teruk. Kau gila ke apa gap sejam?? Nak pergi terminal tu pun kemain jauh kalau berlari-lari anak pun dah semput. Hahahaa.

# Day 1 || 6 March 2018 || Tuesday
Domestic flight
Flight details: Air Asia I5715
Boarding   : 7.10 am
Arrived     : 9.30 am

- Driver kami nama Mohazed (kami panggil Mohabbat hehee) tunggu kat luar airport then terus bawak pergi hotel
- Check-in hotel : Hotel Royal Batoo
- Rehat, unpack barang
- Melawat taman-taman di Srinagar : Nishat Bagh, Mughal Garden, Chesmasahi, Pari Mahal
- Lawat tempat penghasilan karpet
- Balik hotel, rehat, mandi, solat
- Makan malam kat hotel
- Rehat, tidur

# Day 2 || 7 March 2018 || Wednesday
- Breakfast kat hotel
- Bergerak ke Sonamarg
  : Main ski
  : Mini waterfall
  : Makan trout fish
- Ada strike kat Srinagar. So kebanyakkan kedai tutup. Bila tanya kat si Mohabbat tu, dia tak reti sangat nak explain in English. English dia pun basic conversation je. Takpe la. Kami pun sama. Hahahaa macam ayam sembang dengan itik je LOL
- Balik hotel, rehat, mandi, solat
- Makan malam kat hotel
- Rehat, tidur

# Day 3 || 8 March 2018 || Thursday
- Breakfast kat hotel
- Bergerak ke Pahalgam (also known as Mini Swiss)
  : Naik pony
  : Main snow
  : Kat Pahalgam ni la dorang shooting cerita Bajrangi Bhaijan. Wallahi tempat ni lawa gila.
- Balik hotel, rehat, mandi, solat
- Makan malam
- Rehat, tidur

# Day 4 || 9 March 2018 || Friday
- Packing barang
- Breakfast kat hotel
- Bergerak ke Gulmarg
  : Naik gondola
  : Main ski
  : Makan sweetcorn
  : Main snow. Masa ni best gila sebab tetiba snowfalls weh!!! Pastu lebat gila plak salji dia turun.
- Bergerak ke Chanpura main biri-biri
- Balik hotel
- Check-out hotel
- Bergerak ke House Boat
- Check-in House Boat
- Shikara ride sight-seeing tasik
- Dinner kat House Boat
- Rehat, tidur

# Day 5 || 10 March 2018 || Saturday
- Breakfast di House Boat
- Check-out House Boat
- Ke airport untuk pergi ke New Delhi

Domestic flight
Flight details: Air Asia I5716
Boarding   : 9.50 am
Arrived     : 11.30 am

- Ambik teksi untuk ke Agra
- Check-in Hotel Saniya Palace
- Dinner kat bilik je makan maggi hahahaa
- Rehat, tidur

# Day 6 || 11 March 2018 || Sunday
- Takde breakfast. Makan roti je sobsob
- Check-out hotel
- Sight-seeing Agra : Taj Mahal dan The Red Fort
- Balik ke New Delhi
- Shopping ole-ole kat Chandni Chowk (Kalau kau tgk Kabhi Kushi Kabhi Gham, mesti tau tempat ni)
- Check-in luggage
- Balik Malaysia jam 11.15 pm (waktu India)

# Day 7 || 12 March 2018 || Monday
- Sampai Malaysia jam 6.40 am (waktu Malaysia)
International flight
Flight details : Malindo OD 205
Boarding : 11.15 pm 
Arrived    : 6.40 am

Expenditure/Budget

*Flight return tickets KUL-DEL = RM669 (Malindo, include meals and 20 kg luggage)
*Flight return tickets DEL-SRINAGAR = RM325 (Air Asia, 15 kg luggage)
*Visa = RM194.60
*Travel insurance = RM39.00
*Ground package Kashmir = 8500 rupee (lebih kurang RM550)
*Hotel di Agra = RM45 (Divide by 3 = RM15/pax)
Makan minum + Souvenirs + Merepek = 6721 rupee
Aktiviti :
Nishat Bagh = 24 rupee
Mughal Garden = 24 rupee
Chesmasahi = 24 rupee
Sonamarg : Ski = 800 rupee
                   Gambar = 1000 rupee per pax (Pakej 3000 rupee)
                   Jeep = 1267 rupee (3800 rupee utk satu jeep)
                   Trout fish = 100 rupee per pax
                   Tips = 240 rupee
Pahalgam : Pony ride = 1800 rupee
                   Gambar = 800 rupee (Pakej 2400 rupee)
                   Tips = 200 rupee
Gulmarg   : Sewa boot = 150 rupee
                   Gondola = 740 rupee
                   Ski = 800 rupee
                   Upah guide = 720 rupee utk 3 orang (Include tips)   
House Boat : Shikara ride =  510 rupee (Include tips)
Agra/New Delhi : Beca = 100 rupee
                           Teksi return Delhi-Agra = 7200 rupee/3

*Dah book siap-siap kat Malaysia

So total all in trip India 2018 = RM2842.60 

p/s : Kalau korang tengok maybe ada yang tak tally sebab ye la ktorang kan share bertiga. So duit keluar masuk tu kadang-kadang ada baki. So ada yang aku genapkan, ada yang dikurangkan. Hahahaa sorry la aku tak nak peningkan kepala sendiri bab kira-kira duit. Aku lemah sikit dalam maths kehkehkehh. Duit tukar hari tu memang aku habiskan betul-betul kat India. Lagi-lagi kat airport. Aku habiskan last piece 500 rupee yang ada dalam purse dengan beli sandwich tuna Subway kat airport New Delhi. Since kawan-kawan aku dah habiskan rupee dorang lagi awal dari aku, so kami share bertiga je sandwich tu. Kau gigit sikit, aku gigit sikit. Sweet kan i? HAHAHHAAA KBAI.

Tips and Tricks

1. Simcard
Ktorang pergi India memang tak beli simcard weh. Kerja gila tapi nak jimat punya pasal hahaa. Lagi pun ground package yang aku ambik kat Kashmir tu dah sediakan portable wifi. So dia bagi device kat ktorang, maka kami share la bertiga. Lega jugak la. Kalau tak gigih jugak nak tunggu wifi hotel dengan kejap elok kejap tak. Aku taktau la kot-kot tikus dorang gigit jugak wire wifi hotel hahahaa. Ohhhh lagi satu, kalau korang transit kat New Delhi ke macam ktorang, aku nasihatkan jangan beli simcard. Sebab once korang pergi Kashmir, simcard tu tak boleh pakai pun. Membazir jewww. Unless korang stay quite lama kat Delhi, then pergi Agra 2-3 hari plak, haa beli la ye.

2. Airport Security
Airport security dorang ketat gila weh. Lagi-lagi airport kat Kashmir. Sebelum masuk airport tu pun, kereta akan di check, termasuklah luggage korang. Dia scan semua. Tu belum masuk airport ye. Aku ulang. Belum masuk airport. Dorang memang sediakan tempat khas dalam 1-2 km before sampai airport. Dalam airport nanti pun, ada lebih kurang 4-5 security level yang korang kena lepas. Termasuklah 1 luggage confirmation. Korang kena pergi sendiri kat luggage bay dorang untuk bagitau dorang yang mana satu luggage korang. Lepas dah confirm, baru luggage korang masuk dalam kenderaan khas tu untuk bawak ke kapal terbang. Tapi satu yang aku kagum dan hormat dengan security dorang, untuk perempuan, memang akan ada tempat khas yang tertutup untuk dorang body check. Dan hanya polis perempuan je yang akan bertugas untuk penumpang perempuan. Demi menjaga maruah wanita. Come on ladies, orang lain pun hormat maruah kau, takkan kau pulak nak jatuhkan maruah sendiri kan? Jangan pergi Zouk k. HAHAHA :P

Okayyy tu airport Kashmir. Kat New Delhi pun lebih kurang jugak. Dalam airport tu, khas hanya untuk penumpang je. Kalau kau datang nak jumpa orang kat airport, aku warning sila jangan buat k. Sebabnya kawan aku yang sorang tu (takmau bagitau mana satu korang teka la sendiri hahaa), dia elok-elok duk dalam airport tapi sebab nak cari teksi, dia keluar kejap. Sekali pakguard tak bagi masuk wehh. Menangis-nangis kawan aku time gelabah tak boleh nak buat apa. Nak contact tak boleh sebab takde internet. Tapi lepas duk sobsob luar pintu, pak guard tu pun kesian agaknya so dia bagi kawan aku masuk dengan syarat beg dia kena tinggal dengan pak guard tu. Pheww~ Nak masuk dalam airport, kena tunjuk pasport siap dengan flight details. So dalam tu takde la semak sangat.

3. Makan minum
Kat Kashmir kalau bab makan minum, jangan risau sebab dorang almost 100 % muslim. So kami takde la was-was sangat makan. Lagi pun kat hotel yang aku duduk tu, Hotel Royal Batoo, breakfast and dinner memang dah include skali. Tapi ini serius, lauk yang kau jumpa hanya ikan. Dan telur. Tanpa ayam kambing biri-biri dan lain-lain lagi. Sabar je la kan bila teringat  kat ayam. Tapi ktorang dah tak risau dah nak keluar duit makan. Sama jugak masa kat House Boat. Cuma lunch je la kena cari sendiri. Kat sana, ktorang jarang sangat lunch sebab tak sempat pun makan busy buat aktiviti hehee. Lepas tu balik bilik semua kebulur.

4. Kebersihan
Kat Kashmir lebih bersih berbanding Agra/New Delhi. Kashmiri pun takde la berbau since cuaca dorang pun sejuk kering berbanding Agra/New Delhi panas lembab macam kita kat Malaysia. Kalau berpeluh tu, jangan cakap lah. Hahaa. Aku bukan nak burukkan India, tapi ni review jujur dari aku. Mana-mana pergi pun aku akan review adil. Benda baik dan kurang baik aku post je so that takde orang bagi high expectation sangat. Based on apa yang aku tengok sendiri kat Agra, sampah sarap jangan cakap la, merata-rata. Padahal signboard kemain besar "KEEP AGRA CLEAN". Lepas tu ktorang perhati orang sana (tak semua tapi segelintir je), tengah makan tepi jalan ni, selamba badak je buang botol air, plastik makanan dia. Padahal boleh je simpan dulu sampah tu. Orang kita kat Malaysia pun sama. So ini bukan salah negara. Ni salah kauuu. Mentalilti kau tu. Kesedaran sivik tak ado! Bau hancing? Jangan cerita la. Sediakan mask je la aku cakap.

5. Tawar-menawar
Bargaining. Negotiation. Ye benda ni sangat penting ye. Kau kena sangat tegas dengan harga yang kau nak. Kalau dia takmau bagi, kau acah-acah je taknak beli. Walaupun kau desperado sangat dah masa tu. Atleast mintak 50% off dari harga asal. Betul weh kau boleh dapat 50% off kalau kau reti nego. Lagi-lagi lelaki. Muka tu bagi ketat sikit haha. Aku ni nak kata reti nego, takde la reti sangat. Dah la spesis mudah puas hati dengan certain harga. Aihhh rasa menyesal bila fikir balik sobssobss. Sebab kalau tengok harga pony ride ktorang dapat dalam 1800 rupee per pax. Harga asal tak silap aku dalam 2400 rupee. Bunyi macam dah banyak kurang kan?? NO NO NO. Ada satu group pakcik makcik dari Penang ni, dalam 10 orang, dorang nego baik punyaaa dapat dalam 700 rupee je. Dahsyat weh geng-geng dorang. Ye la dorang ada lelaki, kami semua perempuan yang lemah. Tapi bab makan kami kuat HAHAA.

6. Cuaca
Bawak lah jaket tebal. Sweater. Stokin banyak-banyak. Sejuk gais. Sejukkkk. Dan aku rasa aku dah kena frostbite masa kat sana. Sila google ye. Tapi takde la severe pun. Lite lite je. Kulit tangan aku jadi merah, lepas tu macam menggelupas. Kaki pun sama! Gatal-gatal sikit. Sekarang parut pun ada lagi. I iz stress. Dah la parut minyak masak panas tak hilang lagi, datang plak parut lainnnn. Erghhhh. Frostbite ni boleh jadi bila kau exposed kat cuaca sejuk dan kering. Low humidity nanti kulit kau start gatal-gatal then rashes. Taubat wehh. Sila la bawak body lotion banyak-banyak. Dan sentiasa pakai. Same goes to bibir kau. Menggelupas jangan cerita la. Setiap 30 minit aku akan sapu vaseline kat bibir. Sebelum tu bibir aku teruk berdarah sebab terlampau kering. Lepas bangun tidur, tengok menggelupas, berdarah, gigi pun penuh darah. Ye la masa tidur kan kita dalam keadaan unconcious, so kau tak boleh kawal fully 100% anggota badan kau. Menggigit la keja nya masa tidur.

Tu baru kat Kashmir. Sampai je kat Agra, hidung aku pulak berdarah. Sebab cuaca panas sangat. Maybe body aku tak dapat adapt lagi dari cuaca sejuk terus ke cuaca panas. Terkejut agaknya hahahaa. Tu yang bleeding. Aku pun tak faham kenapa travel kali banyak betul sakitnya. Padahal pergi NZ hari tu elok-elok je takde apa.

7. Scam
Ye hati-hati dengan scam. Lagi-lagi kat Agra sebab kat situ ramai gila tourist. Ye la Agra kan ada Taj Mahal dengan Agra Fort. Ktorang tak kena kat Agra tapi ada husband-wife ni dari Malaysia, hilang cash RM300 dalam beg. Padahal yang duk seluk beg tu orang yang ambikkan gambar kat Taj Mahal. Sabar je la. Dan ktorang nyaris kena tipu dengan pakcik teksi. Mula-mula dah janji total semua dalam 7200 rupee, alih-alih sampai airport dia mintak extra 500 rupee sebab kononnya dia bawak ktorang jalan-jalan New Delhi. Padahal apa je. Ktorang memang insist takmau bayar extra sebab masa tu duit memang dah takde hahaa. Ktorang mintak dia call bos dia, tapi dia kata tak dapat. Entah-entah tipu je call masa tu. So last-last dia kata takpe la. Cuma nanti ktorang kena bagitau la member-member yang nak datang New Delhi boleh contact dia sebab dia ada bagi no fon. HAHAA NO PAKCIK NO. Cukup la ktorang je yang kena dengan pakcik. Kami akan cuba selamatkan rakyat Malaysia yang lain hehee.

8. Tips
Tips. Ye dorang akan mintak tips weh. Bukan kita sukarela nak bagi. Dorang akan mintak. So hati-hati lah masa bagi tips. Paling banyak ktorang bagi pun 200 rupee sebab photographer tu memang gigih gila duk ikut ktorang ambik gambar apa semua. Paling sikit ktorang bagi 10 rupee. Dalam 60sen gitu la. Tu pun sebab masa sampai airport, dorang berebut luggage acah-acah nak letak dalam kereta. Padahal boleh seret sendiri je pun luggage tu. Dorang memang insist weh. Kalau tak bagi, memang dia ikut. Pandailah kau lari hahaa.

Hmm ni je kot tips and trick ni aku bagi so far. Nanti kalau esok lusa aku terfikir, aku edit balik post ni haha. Buat masa sekarang, ni je aku mampu ingat balik.

Okay so here is the best part of my trip. Photosssss.

Kuala Lumpur - New Delhi : Let the journey begins

New Delhi - Srinagar

Masa tengok gambar ni depan mata, goosebumps weh. First time dalam hidup tengok view yang subhanallah lawanya. Semua orang dalam flight tu dah semacam tak senang duduk. Akak-akak yang seat belah kanan flight tu dah siap passing-passing phone dia suruh snap gambar hahaa.


Lobby Hotel Royal Batoo. Agak mewah kan?? Hehehee. Kami disambut dengan kahwa tea. Teh rasmi orang Kashmir. Yang ni dorang letak almond. Tapi selalunya dorang akan letak saffron. Rasa dia macam manis-kelat sikit. Rasa herba pun ada. Oh btw bunga ros tu Mohabbat yang bagi hahaa. 3 red roses apa maksud dia??? AHAHAAAA.

Bilik kami. Rasa macam mai honeymoon padahal datang dengan member je.



Nishat Bagh. Berlatarbelakangkan Zabarwan Mountain.

Kami ada try street food orang Kashmir. Takkan nak makan makanan hotel je tiap hari ye dak?? Air susu almond dan telur yang ditabur garam. Yang merah-merah taktau apa nama. Telur tu boleh makan dengan kuah dal. Air tu sedapppp.

Pari Mahal. Sini takde pari murah hahaa. Ye la ye la tak lawak hmm

        

Cara-cara nak buat karpet/sejadah

 
Perkampungan  di sekitar Sonamarg




               
           
Acah-acah flatlay hahaa. Makan trout fish dengan maggi kari pun jadi lah

Kahwa tea. Perfume saffron. Walnut with rose petal jam. Serius weh rose petal jam dia sedap gila dan bau best! Aku tak suka makan jam. Tak kisah la strawberry, blueberry ke anything buah yang di modified dari bentuk asal dan dijadikan jam, aku tak makan. Tapi rose petal jam ni aku try jugak sebab dah alang-alang datang negara orang kan. And yes aku tak menyesal makan walnut ni dengan rose petal jam. Makan dengan madu Kashmir pun sedap. Nak menangis bila terkenang balik sobs. Oh ada lagi satu yang aku beli. Untuk diri sendiri. Walnut body scrub. Punnnnn wangi. Tak bukak lagi sebab sayang takut habis hahaa.
       


Pahalgam a.k.a Mini Swiss of Kashmir

Auuuucakk! Bukan selalu aku geli-geli ni hahahahhaaa


  


Masa ni bibir dah start kering. Setiap 30 min aku tempek vaseline.


Gulmarg. Masa ni dah start snowfalls dah. Rasa bertuah gila sebab orang sana bagitau kat Gulmarg dah lama tak turun salji. Eh tuptup ktorang sampai lepas turun dari gondola tu, snow pun turun skali. Ya Allah memang rasa excited gilaaa dah masa ni. Sebab sejuk sangat masa salji turun, muka pun dah merah-merah dah rasa macam nak makan cendol je masa tu hahahahahahahaaa.  

Sebab cendol takde, so kita makan jagung manis je kat atas gunung tu. Dia punya nikmat makan tu, rasa macam tu la jagung manis paling sedap kat dunia. Sebab perut tengah lapar masa tu. Tambah pulak salji turun sepoi-sepoi bahasa. Aduhhh.



Main biri-biri kat Chanpura. Sebenarnya masa winter, memang susah gila nak jumpa biri-biri area Gulmarg. Ye la dorang pun tahu sejuk weh. Kau je yang jakun tengok salji ahahaa. Tapi nasib baik kawan si Mohabbat yang tolong guide ktorang tu bawak ktorang pergi kawasan kampung dia. So dapat la kami main biri-biri sambil ditemani kanak-kanak Kashmiri. Gebu-gebas biri-biri dorang.


Shikara ride. Naik sampan je sebenarnya. Dorang panggil shikara. Pengangkutan nak pergi ke House Boat ktorang memang wajib naik shikara ni. Kalau tak, takkan nak berenang ye dok?? 

Gambar 1 : Chicken tikka. 1st ayam yang ktorang makan lepas hampir seminggu jejak kaki kat Kashmir. Mahal pun tibai je la. Sebab dah terlalu lapar masa ni. Yang ni ada orang datang jual naik sampan masa ktorang naik shikara ride malam-malam.
Gambar 2 : Dinner. 2nd ayam untuk makan malam. Lega rasa hahaaa.
Gambar 3 : Heater dalam House Boat. Tapi still rasa sejuk jugak. Menggigil jugak tidur malam tu.  

The India Gate, New Delhi

 

Taj Mahal dan The Red Fort, Agra. Ye aku tak buat lawak taj murah dah k. Jangan bash saya.

To be honest, kalau orang ajak pi India lagi, aku takmau pergi dah kot belah-belah New Delhi ke, Agra ke, Mumbai ke, Jaipur ke. Kalau ajak pi Kashmir, yes aku nak!! Aku takmau hidung berdarah 2 kali hahahaa.

Okay itu sahaja untuk birthday trip kali ni. Ye, aku baru 26 tahun k. Muda lagi. Masih lagi baby face HHAHAAA. Tahun depan pi mana lagi?? Tunggu next post. Atau tunggu la hint-hint yang akan di beri di insta story aku. Hehehee.Okbai.

xoxo,
fatimazahara.tm 


2 comments:

  1. wow debak bayak gila ko jalan jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip kali ni sempena dah submit thesis master hahahaa. Stress free lepas bergelumang dgn writing haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers