Thursday 27 February 2014

Jalan-jalan ke Jogja

Assalamualaikum :)

Last post 8 Januari 2014 dan hari ni 27 Februari 2014. Lamanya dah tak mengarang essay kat blog. Idea banyak tapi tangan malas nak menaip. Ni pun masih dalam keadaan mamai lepas baru bangun tidur. Tidur yang tak disengajakan sebab makan ubat batuk. Heheee :D

Post kali ni pasal jejalan ke Yogjakarta. Horeayyyy! I'm one of the selected person yang dapat pergi Jogja. Alahhhhh bukan selected sangat lah! Since aku baik dengan pengarah program, Amir Ashil dengan SU dia, Fitrah Cantik, dapat lah pi jalan-jalan. Har har har.

Trip ke Jogja ni bukannya trip jejalan makan angin, makan-makan utk gemukkan badan. Ada program fakulti sebenarnya. Sit-in UNY. Universitas Negeri Yogjakarta. Kira macam program mobiliti la. Ktorang pi sana 10 Feb - 16 Feb. Kononnya. Tapi tak sangka pula ada kejadiaan yang tak diingini berlaku. Pengalaman once in a life time. Kot. Harapnya macam tu la. Tak nak dah benda ni jadi lagi. Tak seronok.

Tak seronok sebab flight balik ke Malaysia ktorang delayed. Sepatutnya 16 Feb tu dah balik Malaysia Oh Tanah Air Ku. Flight delay sebab debu dan jerebu teruk akibat letusan Gunung Kelud kat Jawa Timur. So debu debu cinta gunung berapi tu dah jejak sampai je Jogja. Takde la dekat mana pun Jawa Timur tu. Dalam 350km++ jugak la. Kalau tak silap. And apa yang jadi tu almost 50 years dah tak jadi camtuh. Kira macam legend jugak la bila kena kat ktorang kan. Hahaaa.

Banyak membebel pulak kali ni. Okay meh kita post gambar kat sana. Let the pictures do the talking. Herherherrrr :D

Cafe @Universitas Gadjah Mada

Mandi manda Sungai Oyo

The best part sepanjang kami kat Jogja. Serius best gilaaaaaa. Terjun dari 4m, 8m cliff. Pehhhh. Tak semua mampu buat okay. Dan baru aku paham perasaan dorang dalam Running Man bila kena terjun kat kolam tu. 10m kot. Gila tinggiiiii. Aku terjun 8m pon dah macam nak luruh jantung.

Dewan kuliah @Universitas Islam Negeri (UIN)

Kat depan library @UIN

Sleeping partner. Roommate sepanjang kat Jogja. Fitrah Si Cantik :3

Morning walk @UNY. 

Morning walk ni paling penat aku rasa sepanjang duduk kat Jogja. Dah la tak breakfast, malam sebelum tu tak makan apa-apa. Lepas tu buat pulak morning walk round satu UNY tu. Dari pagi sampai tengah hari. Penat weh. Kurus sket paha. Hahahaaa.

Okay mohon jangan mention baju kami macam baju KFC. STOP! Yang penting baju pekerja KFC Jogja bukan macam ni la. Takde la malu sangat bila masuk kfc dan pekerja dia pandang-pandang. Satgi ingat nak pi buat part time pulak kang. Buat naya ja. 

With Ainin and Cdah @UNY

Gilooooooooo

Menggila dan memalukan diri sendiri lepas buat persembahan untuk majlis penutup program Sit-In UNY. Malu gila weh. Menari kurik kundi pulak kot. 

The hot chicks. #ehhhhhh

Senyum itu menawan. Lagi-lagi kalau aku yang senyum. Hahahaaaa!

Museum Pendidikan Indonesia

Okay dah lama gila aku tak pi museum. Last pegi bila entah. Serius lupa. Ke tak pernah pi museum? Hmmmmm misteri ni takkan terungkai sampai bila bila. Tak nak pikir dah. Bosan pi museum. 

Lawa gila design masjid dia @UIN






Gelanggang futsal.

Sorry boys. We went to Taman Lampion bila bebudak laki duk main futsal. Hahaaaa. Tak tau rules futsal camne. Even bola sepak biasa pon aku tengok TRW je. Tu pon kalau TRW masuk final. Kalau tak, ampunnnn siap siap lah. 

Kuat shopping macik-macik nih. Tengok plastic beg penuh kiri kanan dah tau dah

Seee. Aku tak tipu bila aku cakap aku menari. Even gerak tari nya huduhhhhh bebenor. Dan aku sendiri malu nak tengok.





Sekian. Itu sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers