Tuesday 20 March 2018

Permohonan Visa ke India

Assalamualaikum dan salam sejahtera gais (read : guys). Aku cuba jadi hipster so that takde la orang cakap kita ni lame sangat hahaa. So post kali ni aku nak tulis pasal permohonan visa ke India. Ye gais. Pergi India kena ada visa. No visa, no entry okayyy?

Visa yang dilekatkan pada pasport

Sorry gais tak boleh nak tayang muka formal. Insecurity seorang wanita itu masih menebal dalam diri aku. Hahahaa. Malu weh. Sebab gambar visa tak boleh senyum nampak gigi. Aku sangat awkward kalau senyum tak nampak gigi. Rasa macam tak ikhlas weh. Tak sampai ketulusan tu hehee.

Okay. First thing first. Aku apply visa secara online. Tapi take note gais. Ni bukan e-visa. Cuma aku isi online dan print out borang visa. Nanti aku letak alamat tempat buat visa tu kat bawah k. Korang boleh apply kat web Indian Visa Application. Kat situ kalau nak apply e-visa pun boleh. Takde masalah. Kalau aku, aku lagi prefer nampak visa tu ditempek kat pasport. So apa-apa masalah just refer pasport je. Once kau dah bukak web Indian Visa Application, korang pilih Regular Visa Application. So isi lah macam biasa apa yang korang isi mana-mana borang k. Make sure korang ada contact number dan alamat orang kat India. Contohnya kawan atau sedara kat sana. So that apa-apa jadi, member korang tu ada untuk jadi reference korang nanti. Kalau aku, aku letak contact person orang yang ktorang ambik ground package kat Kashmir. 

Pusat Global Visa India IVS, G-01,
Bangunan Straits Trading,
No. 2, Lebuh Pasar Besar,
50050 Kuala Lumpur. 

Make sure kau isi form tu dengan teliti weh. Ni serius aku bagitau. Aku isi form tu 2 kali print. Gila leceh betul. Kawan aku pulak 3 kali print woiii!! Salah satu reason dia sebab ktorang salah isi part nama. Ye la nama aku dah la kemain panjang. Dalam pasport memang nama aku seketul je tanpa nama ayah. Dalam form tu, isi nama kena sebijik-sebijik macam dalam pasport. Then lepas part nama elok, part number of entries pulak salah. Adoiii. Ktorang pilih single entry. Ye la logik la kan kita nak pi India sekali ja. Takkan la pi 4-5 kali. Hahahaa. Pun salahhhhh. Kena pick multiple entries. So multiple entries tu valid for 6 months.



Dua gambar kat atas ni adalah contoh visa aku yang dah betul, dah elok dan dah siap di print. Selepas 2 kali print. Korang boleh tengok contoh yang ni okay? Isi dan print siap-siap kat rumah. Sebab kalau kau salah isi, kau boleh print kat kedai gambar sebelah tempat buat visa nanti. Tapi bayaran mahal gila namateyyy. Bukak internet sajo tak sampai 10 min dah RM3 wehh. Tu baru kau nak pakai internet. Belum print borang lagi k. BELUM PRINT LAGIII. Cekik darah betul. Tapi kalau korang like betul-betul blur gila "abenda borang visa ni aku tak paham satu pun", korang boleh mintak khidmat tempat visa tu isikan form visa untuk korang. Tapi berbayar la. Tak silap aku harga dia dalam RM20++.

Oh by the way, masa apply visa ni korang kena pergi sendiri. NO WAKIL-WAKIL ORANG LAIN K. Sebab nanti kat sana kena ambik digital photo, nak print fingerprint bagai. Bertabahlah anak-anak. Aku pun dah merasai benda yang sama. Okay, ni list benda/barang yang korang kena bawak masa nak apply visa nanti.

1. Bawak diri (haruslah woi)
2. Pasport original
3. Salinan pasport
4. Salinan tiket penerbangan (return tickets)
4. Borang visa yang telah lengkap diisi
5. Gambar pasport 2 keping (make sure pergi kedai gambar cakap nak buat visa India)
6. Duit bayaran visa RM194.60

So bila dah settle semua, visa korang akan siap dalam 2-3 hari bekerja. Untuk ambik visa, korang boleh wakilkan orang untuk ambik as long as bawak resit asal yang dorang bagi. Takde masalah. Visa hanya boleh diambil belah petang ye anak-anak. Dorang bukak kaunter untuk ambik visa dalam pukul 4pm gitu. So bertabahlah ye. KL sana tu jem teruk gila belah petang. Nasib baik antara ktorang bertiga yang pergi India, aku lah yang selalu free. Ye la kita kan student postgrad. Mana ada kelas dah. Hahhaa. Kawan aku lagi 2 orang tu memang kerja office. Tak boleh nak buat apa la kan.

Okay gais. Post kali ni pendek sahajooo. Sebab takde benda sangat pun nak tulis. Hahaa. Tunggu post itinerary aku pergi India lepas ni. Yang tu confirm panjang sebab banyak benda nak cerita. Kalau face-to-face lagi seronok aku nak cerita. Jumpa zayn malik bagai. HAHAHAHHAHA OKBAI.

Update on 29032018 : Okay gais. Korang boleh baca itinerari aku sepanjang berada kat India ataupun lebih tepat ialah itinerari Kashmir di sini India : Itinerary, Tips and Tricks

xoxo,
fatimazahara.tm

2 comments:

  1. Sian nyaa member kau kena print tiga kali tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Kesian weh. Aku tak boleh buat apa dah selain bg sokongan moral kat dia hahahha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers