Saturday 5 October 2013

Gerak Ilmu Kimia 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
*lambai-lambai penuh semangat*


Yeahhh. Tolong semangat sikit ye. Pagi ni pagi sabtu yang sungguh indah. Malam tadi hujan. Tidur nyenyak even dikerumuni sang jejaka halus duk gigit sini sana. Iolls tau iolls sweet sangat. Sebab tu nyamuk suka. LOL.
*lawak hambar HarHarHarrrr*

Baca title di atas?? Yezza. Nak buat entry pasal program kendalian diri sendiri iaitu Gerak Ilmu Kimia 2013 :D
Eheemm. I'm the big boss okay? a.k.a Pengarah Program *senyum*

Jangan tanya penat ke tak buat program. Kalau nak tau tara mana penat dia, tolong cuba buat program sendiri. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Hmm~ To be frank, memang penat gila lah. Lagi-lagi ni program pertama aku handle dan tup-tup jadi pengarah. Jujur aku cakap, memang penat gila. Penat gilaaaaaaaa! Dari A-Z kena amek tahu semua. Dari sekecik-kecik kuman, sampai la sebesar-besar ikan paus biru tu. Kena tahu SEMUA. Kalau tak tahu apa-apa, you are doomed. Die die dieeeee. Habis program kau. Sia-sia je berpenat lelah bersengkang mata. Last-last programnya tak ke mana. Rugi. Habis tenaga dan wang ringgit serta usaha kau yang tak seberapa.

Let me introduce what is Gerak Ilmu Kimia 2013. 
Program ni merupakan orientasi Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM untuk mahasiswa dan mahasiswi yang baru daftar masuk awal bulan September hari tu. Orientasi universiti sudah, orientasi kolej sudah, orientasi blok pun sudah. So kita buat orientasi fakulti pulak haaa. *life is hard. sighh*

Objektif yang diletak kat proposal hari tu kekononnya nak merapatkan lagi ukhuwah dan silaturahim antara pelajar junior yang masih freshie ni dengan senior-senior. Kot la iolls dapat cari anak ikan emas sekor dua, huntooooong. LOL. *saya setia okay. pada yang dua* uhukkk batuk kering

Okay. Lupakan seketika perkara di atas. Meh kita share sikit gambar-gambar aktiviti program. Oh sebelum tu, lupa nak bagitau kat mana program ni berlangsung. Mohon baca details di bawah ye.

Tarikh : 20-21 September 2013
Tempat : Congkak Eco Park, Hulu Langat
Peserta : 138 orang
Fasilitator : 30 orang

click to enlarge :)
Tenaga penggerak program yang terdiri daripada pelajar major chem, kimin dan kimpet. Terima kasih semua :D

The Girls. Hot chicks. Woot woot~

The Boys. Not toooooo hot! LOL~

Antara aktiviti yang ktorang conduct kat sini ialah Energy Booster. Energy Booster ni kira macam senam seni la. Ehhhh ke senam robik?? Ahhhhhh mana-mana la kan. Sama je. Yang penting senam.

Warm up dulu ye adik-adik

Gigih! lol

Pakar senam seni. Kak cdah, abang syakir dan abang butang

p/s : sorry butang. tiap kali ada gambar kau, mesti tak nampak muka. terlindung dek tiang la apa la. selamat hari raya maaf zahir batin :P

Lepas tu ktorang ada Kinetic Energy. Punyalah kaw-kaw tajuk kan. Padahal treasure hunt jaaaa pon. HAHAA. Kimia sangat kan. Saja la buat camtu. Atas cadangan Dr Ibrahim kesayangan pelajar Kimia Perindustrian Tahun 3 dari Kolej Pendeta Za'ba. Ehemm~ 

Aktiviti air

Pheww *berpeluhh*

Susun strategi dulu sebelum mula aktiviti

Ni kes dera dari abang fasi

Fasi-fasi dan belonnya

So itu saja yang boleh dikongsi bersama. Nak tau lebih detail, meh kita face to face. Aku cerita semua dari A-Z. Mula dari paperwork nya, intake junior nya sampai la ke pengurusan kat Sungai Congkak hari tu. Ohhhh lagi satu. Ktorang tak panggil tempat tu Sungai Congkak. Nama manja diberi ialah Sungai Lima Ribu. Lol Lol Lol Lol~

Junior kimia tahun satu intake 2013/2014

Terima kasih semua.

Terima kasih Presiden Kelab Mahasiswa Kimia yang menjadikan aku sebagai Pengarah Program. Pengalaman berharga ni. 

Terima kasih kepada semua tenaga penggerak program yang sudi membantu dan dikerah keringatnya sepanjang tiga bulan cuti sem hari tu

Terima kasih kepada junior kimia yang sudi join program anjuran Jabatan Kimia, Fakulti Sains

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih

Jasamu Dikenang :D










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers