Saturday 13 April 2013

Pendakap Gigi Kesayanganku

Hai hai hai peeps! :D

Hari ni merupakan hari kedua aku pakai braces. a.k.a pendakap gigi

hoooooreyy~

Omaigoddddd!!! Serius lenguh pakai braces ni. Aku tak tahu la pulak macam ni seksanya bila pakai braces. Ohhh. Sedih sedih sedih. Sobsss. 
Well~~ Takpe. Berkorban sikit demi masa depan yang cerah. Puihhh. Hahahaaa

Masa pergi pasang braces semalam, punya la super duper excited kan. Berdebar ni haa, rasa macam tengah nak akad nikah. Hahaa. *merepekss* Pastu macam-macam lah terpikir kat dalam kepala ni. Bahaya ke tak, betul ke keputusan aku buat ni nak pakai braces. Even mak dengan abah dah bagi green light kan. Tapi buat jugak lah sebab hari tu masa pergi x-ray gigi, dah bayar rm200. Rasa membazir pulak kalau cancel. Bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hehee

So pagi semalam lepas kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju semua around 10.30am, aku pergi la klinik gigi kat Presint 8 tu sorang-sorang. Berdebar gila masa nak jejak kaki dalam klinik tu. Dup dup dup. Rasa nak pitam je masa tu. Pastu terfikir balik, satgi kalau pitam kat tepi jalan tu, takde siapa pulak nak angkut. So tak jadi pitam lah! Hahaa

Duduk kat sofa klinik tu dalam 5 minit, kat flat screen terpampang nama aku. Maknanya dentist dah panggil masuk. Fuhhh. Cuak ni. Peluh jantan, peluh betina semua keluar haa. Sabaq sabaq. Kejap je tu. Tak lama. Lagi pon aku tayah cabut gigi sebab gigi aku tak teruk sangat la macam certain people kan kena cabut dulu baru boleh pasang braces.

Bila dah duduk kat atas kerusi tu, dentist dah suruh aku pilih warna braces. Arghhh. Part ni yang paling aku lemah ni. Macam-macam warna ada. Tapi sedih sebab febret colour aku dah habis. Purple is out of stock! Mencik mencik mencik!!!!! Dentist tu suggest kat aku warna merah kuning. Fuhhh. Selangor gila. Hahaaa. But then aku reject! Cehh. Bajet ah kekononnya. Then aku ambik warna merah-gold. Lagi menyerlah. Heheee

janggg! tak nampak sangat lah warna gold tu

Duration pakai braces ni adalah lah dalam 1 jam 30 minit. Lenguh woih. Kebas mulut. Serius nih. Tak tipu. Bila dah siap pasang, aku tengok la cermin kat dalam bilik tu. Mak aihhh. Pelik gila muka aku. Senyum pon janggal. Senyum malu-malu kucing gitu. Hahaaa. Bila denstist dah trim gigi aku yang sumbing sket ni, rasa macam comelsss pulok. Hahaa. Kes sumbing ni sebab masa kecik-kecik dulu, gigi terhantuk kat lantai masa tengah meniarap buat homework. Haa rajin tak aku?? Hmm~ Pastu mulut ni, rasa berat je nak bukak. Nak senyum pon rasa malas gila. Well friends, next week bila aku pegi kelas, jangan pelik bila aku tak cakap dengan korang ye. Masih dalam situasi nak sesuaikan diri nih! Kehkehhh ^.^v

Then bila dah keluar dari bilik tadi, ada sorang kakak receptionist ni. Dia yang bagitau pungpangpungpang sket pasal nak berus gigi ke, apa ke. Dia bagi kat aku (bukan bagi, aku bayar ok) starter kit untuk pemakai braces yang masih noob macam aku ni.

ni dia starter kit

Kat dalam starter kit ni, ada lah special tooth brush, mouth wash, ubat gigi. Tapi akak receptionist tu cakap wax untuk prevent mouth ulser dah out of stock. So aku kena tunggu next appointment baru boleh dapat kot. Pastu terpaksa pulak beli super floss. 

Ni gambar barang-barang yang ada dalam starter kit aku.

ubat gigi

special tooth brush. v-shaped.

mouth wash


oral B superfloss. yang ni kena beli asing-asing sebab takde  dalam starter kit provided

Sampai sini je la kot! Malas dah nak tulis bebanyak. Malas. Malas. Malas. Hahaaaa :P










12 comments:

  1. Duration braces ni berapa lama yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tentu jugak. terpulang pd keadaan gigi. kalau gigi saya dlm setahun lebih je pakai braces. kalau gigi teruk sgt ada yg blh cecah 3-4 tahun.

      Delete
  2. Akak,before pakai braces akak daftar nama dulu kan? Ramai tak queue untuk pasang braces kat klinik presint 8? sebab katanya lau klinik kerajaan memang ramai daftar and kalau kita daftar,brthun kemudian baru dia panggil. Betul ke kak? Reply eh kak. Asap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pakai braces kat klinik swasta bukan kerajaan. So tak kena daftar nama pn. Akak pergi scan gigi hari isnin, then ckp kat dia hari jumaat nk pakai pastu terus dapat pakai braces. Normally kalau klinik kerajaan lama jgk la kena Q utk braces ni.

      Delete
    2. akak.pakai dekat presit 8 tu.boleh tak tahu nama klinik dgn cost dia.thank u in advance

      Delete
    3. Klinik izra, presint 8. Dekat area medispa apa entah lupa pulak nama spa tu haha. Sorry. Overal cost rm5k. Tu like 4 years ago tau without gst. Now I’m not sure the exact cost for braces. Boleh call dorang dulu for confirmation ‭03 8888 3221‬

      Delete
  3. Kalau gigi yg tk berapa teruk mmg tak pyh cabut ye ? berapa anggaran kos yg akk buat ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. kalau tak teruk sgt tak kena cabut pun. tapi kalau mcm gigi tu crowded sgt kena cabut la sebab nanti bila dah pakai braces, gigi takde space utk gerak. kalau takde space nti, tak berganjak gigi. sama je.

      akak buat hari tu termasuk scan gigi rm5k jugak la. depends pd tempat. cousin akak buat braces hari tu rm10k. sbb ada accessories mcm getah pakai kat braces ada bentuk2. akak punya biasa je. bulat mcm donut je. huhuuu

      Delete
  4. berapa lama kne pkai braces ni ? sakit x gg spnjg tmpoh pkai braces ni n kne salu check ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai dalam 1 tahun 5 bulan camtu je sbb gigi tak teruk sangat. Duration pakai braces tu depends kat structure gigi. Kawan sy dekat 3 tahun jgk pakai braces sbb gigi dia jarang. Sakit smgu je masa awal2 pakai braces and tiap kali tukar wire. Yg lain2 ok je. Sy check gigi 2 bulan skali. Depends kat orthodontist jgk kekerapan check gigi tu 😊☺️

      Delete
  5. hai,, bayar lumpsum atau ansuran ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ansuran. Tapi first day pasang braces kena bayar 50% dulu. After that baru bayar ansuran by month or by every visit to dentist.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers