Saturday 17 May 2014

Jalan jalan KLIA2

#KeSydneyKeKita

Hahaaa. Hash tag tak buleh blaaaaa. In my dream la nak ke Sydney tu.

Ihsan Google

InshaAllah one fine day. Nak jugak jejak kaki ke negara kangaroo ni kan. Macam best je. Prabih duit memang best pon. Hmm. . . 

Haaa merepek. Okay straight to the main point. Sebenarnya entry kali ni ditujukan khas kepada course-mate, floor-mate tersayang Azlin AB.

Alwani-Azlin-Meeeeeeee-Kak Bee-Fazreen-Hasliza-Alia-Shahibul
Masa graduation day Ku Azzanea Hafitza Ku Ahmad

Entry kali ni khas utk Azlin AB sebab hari tu dia beria nak ikut pegi KLIA2 skali. Tup tup last minute cancel sebab dia nak siapkan assignment electrochem. Gigih betul Alin. Simpan eh assignment tu. Next sem aku pulak ambik electro dengan TARLIS. Okay deal ye Alin? :3

To make the story short, semalam al-kisahnya. Pergi KLIA2 dengan one of the TARLIS. Fazreen. Teman Reen explore KLIA2 sebab nanti senang dia nak balik KB. Untung la kan every sem nak balik kampung naik flight.

Dari UPM, kami ke KTM Serdang naik tren pegi TBS.

Model yang tak sempat ditauliahkan. Acah acah sweet pegang tangan.
Choi sangat.

Pergi ke TBS bertiga, yang ke KLIA2 nya berdua sahaja. Dating. Sebab yang ketiga tu balik rumah. Rindu rumah katanya. Sampai ponteng lab programming dgn kelas kimin. Ish ishhh. Rumate sape la ni. Mohon mintak tukar bilik sem depan ye dengan Pengurus KPZ.

This is my first time jejak kaki ke TBS. Serius. Tak tipu. Rasa super duper noob bila sampai sini. Macam, "ohhhh ni ke TBS yang korang selalu naik bas balik kampung". Pastu pusing kiri kanan usha tempat. Macam rusa masuk kampung. Jakun yang amat! Hahahaa. Lepas solat zohor dalam jam 1.50pm, terus pergi beli tiket bas ke KLIA2 dengan Reen.

Fazreen yang gigih

Okay tiket nak ke KLIA2 kau boleh beli kat kaunter ni. Reen cakap mana mana kaunter pon boleh beli. Kalau tak silap la. Aku pun tak sure sebab masih noob lagi pasal TBS ni. Bawak ic okay. Sebab akak kat kaunter tiket tu nak check no ic untuk tiket nanti. Jangan sampai akak tu cop kau sebagai PATI sudeeeh.

Jetbus

Naik Jetbus ke KLIA2. Harga satu hala RM8.00 untuk dewasa. Kanak kanak tak pasti la pulak. Tak terlintas nak tanya soalan masa tengah beli tiket. Perjalanan dari TBS ke KLIA2 makan masa 45minit-1jam camtu lah. Kalau lebih tu, mungkin traffic jammed. Atau bas rosak tepi jalan. Atau bencana alam. Atau apa apa je yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan nak ke sana. 

Menunggu. Rasa macam kat airport dah TBS ni. Noob.

Lepas turun dari bas

Ni la tempat bas akan drop kau. Masuk je KLIA2, terus nampak ni. Bahagianya masa ni dengan Reen. Rasa macam waaaaaaah ni la KLIA2. Super noob! Nanti jumpa escalator, terus naik ke level 2.

Now at Level 2


Ask me !

Bila kau dah sampai KLIA2, for sure kau akan nampak adik manissss ni. Sebenarnya ada je abang abang kat sana, tapi segan. Lol. Dorang ni volunteer bergaji *rasanya* yang akan menjawab anything and everything yang kau tak tahu atau sesat kat sana. Well, first time jejak kaki kat KLIA2, takkan kau terus tau pasal semua benda kan. Paling tak pon kena explore dulu. Macam yang aku dengan Reen buat ni. Herherrr.

Di level 2 kau akan nampak banyak gila kedai untuk kau shopping. Dan juga cuci mata. Nasib baik aku ni bukan shoppaholic sangat. Biasa biasa je. Antara kedai yang kau bakal nampak ialah Verns's, OC, Polo Haus, Fila, F.O.S etc etc etcccc.





Sabar tim sabar. Kuatkan pendinding kau lawan nafsu serakah shopping tu.

Untuk memudahkan perjalanan kau menuju ke departure, kau lari bawak diri jangan pandang kedai kedai untuk kau menghabiskan duit tu terus menuju escalator kedua. Naik je escalator ni, kau akan nampak ada kedai Celcom. Waktu aku pergi semalam, kedai tu tak bukak lagi. Still renovate kot. Jangan pergi kat kedai Celcom tu pulak. Naik escalator lagi satu depan kau tu. Serius kat KLIA2 ni banyak gila escalator. Sebab apa banyak? Arkitek dan engineer pon tau kau tu pemalas. Malas ngat eh nak naik tangga kan? Gigih pulak kau nak cari tangga satgi dengan beg kiri kanan bertan-tan nak balik kampung. LOL.

Lepas dah sampai Level 3, you go straight don't belok belok okay. Sampai la kau nampak benda alah ni kat luar automatic door tu.


Welcome to KLIA2

Yang ni bangunan kedua sambungan dari tempat shopping tadi. Bila masuk je bangunan ni, kau akan nampak . . .


Starbucks

Yeahhh Starbucks di belah kiri kau. Bijak Starbucks ni cari port dia. Masuk masuk je nampak Starbucks. Kau nampak permainan yahudi di situ? Fikir sendiri lah. Malas nak cakap.

Okay next kau pergi belah kiri. Jalan je terus sampai kau nampak . . .





Okay. Yang ni lane semua untuk domestic flight. International flight punya ada kat sebelah. Pepandai korang la tengok nanti kat board dia. Pandai baca kan? Heheee. Aku rasa kat belah kanan awal awal masuk pon ada jugak lane ni. Sebab yang ni untuk T dah. Huruf lain ada kat belah kanan masa awal awal masuk. Yang tu aku dengan Reen tak explore. Sebab masa sampai kat sini, kami terus bergegas cari makan. Lapar kot. Heheee.

Domestic

Alright. Ni domestic departure punya. Kalau international, ada kat bahagian lain. But still dekat dekat je tempat nya. At level 3 jugak. Satgi aku tunjuk eh.

Syukur alhamdulillah sebab domestic departure dekat sangat dengan surau dan toilet. In case kau terkejar-kejar dah lambat solat, still kau tak rasa gopoh sangat. Semua kat situ je. And the best part is, setiap level ada surau sendiri. Tak macam LCCT dulu. Payah betul nak cari surau dia. And kalau terdesak nak terkucil sangat before naik flight, pergi lah cepat cepat tunai kan hasrat yang tergendala tu. Satgi banjir pulak kapal terbang kau. Hahaa.


Surau wanita. Surau lelaki ada kat depan. Jalan sikit lah.

Dan surau dia selesa la. Luas jugak. Cantik. Biasa la tempat baru. Semua cantik kan. Hehee. Harap harap lepas 30 tahun mendatang, surau dia still terjaga macam awal awal ni. 

*Ahhh panjang pulak entry kali ni. Lenguh laaaa*

The best part kat KLIA2 ni, kedai makan banyak gilaaaaaaaaaaaaa. Sumpah tak tipu. Sebelah departure hall ni je dah ada KFC, Marrybrown etc etc. Memang gemuk la sesape yang kena tinggal kat KLIA2 tu ni. Macam syurga makanan. Kat level 3 ni, KFC dia kecik sikit. Kat level 2, besoooor gabak KFC dia. Takde la besar mana pon. Tapi besar dan luas la jugak compare dengan yang kat level 3 ni kan.



Masuk lorong sebelah KFC sebab nak tengah kapal terbang yang tak terbang lagi. LOL.

International

Haaa tu dia international departure punya. Domestic departure tadi ada kat belah kiri. Tersnap pakcik sami pulak dah dalam ni. Hahaaa. Maaf la. Nak cepat. Nanti orang kata noob. Seeeeeeeeee. Ask Me tu ada kat mana-mana je. Aku rasa volunteers tu la merupakan mereka yang sangat arif pasal KLIA2 ni. Kau bayangkan kalau orang tanya then kau jawab, "Ermmm sorry sir. Idk.". Dafishhh sebijik aku rasa kau kena. Tapi monolog dalaman je la kot. 

Level 3

Okay now kami turun ke level 2M. Level 2M ni foodcourt tak silap aku. Kau turun je nampak kedai makan kat bawah. Seeeeeeeeee. Makan lagi. Mana tak gemuk weh kalau kena tinggal kat sini. Aku mampu survive jika dibekalkan dengan duit yang mencukupi. Hahaaa.


Level 2M

Lepas turun je dari escalator tadi, kau pergi belah kiri. And kat sana kau boleh nampak satu ruang legar. Kat situ ramai jugak la yang duk lepak lepak. Mungkin bosan sebab flight delayed ke apa. So lepak, tidur, rileks rileks dulu kat sini. Takde sape nak halau kau okay. Even staff KLIA2 sendiri pun ada yang lepak kat sini. Rasanya la. Ke aku salah pandang? Ahhh pedulikan je. Yang penting kalau kau penat sangat, lepak je sini dulu. Nak lepak tempat lain pon boleh. Terpulanglah.

Okay lepas tu kami turun lagi naik escalator pergi level 2. Tadi level 2M. Ni level 2 untuk cari arrival hall. 




Bila kau dah turun tu, make sure mata kau pandang sign board kat bahagian atas. Kalau tak, susahkan diri kau je nanti. Sesat. Malu je. Hahaaa. Tak tahu, tanya. Malu bertanya sesat jalan. 

Vern's

Alrightooooo. Lepas dah tengok arrival hall, kami lalu lagi sekali depan Vern's masa nak balik tu. And Reen nampak perkataan SALE kat situ. Whattttttttttt? Terus masuk. Hahaaa. Kat situ ada tulis, "Buy 2nd item at RM9". Gila weh. Sape je tak tergoda tengok perkataan tu. Akhirnya, kami beli sorang satu. Kasut. Hahaaa. Aku harap sangat mak tak tau pasal kasut ni. Sebab mak selalu bebel kat aku, "Buat apa beli kasut? Dalam rak tu dah tak habis pakai dah pon". Krik krik krik aku tak jawab sebab tau aku salah. Last month baru je beli kasut Puma. Time tu tengah SALE jugak kat K13. Clearance stock katanya. Mau tak gila tengok kasut banyak banyak masa tu. Pehhhhh. Sabar je la.

Lepas dah habis shopping kat Vern's, kami turun guna escalator lagi. Beli tiket bas nak balik TBS. Banyak jugak la kaunter tiket dia. 



Kaunter untuk teksi berkupon atau teksi bermeter pon ada kat sana. Pilih ja.

No. 1-4 untuk kaunter tiket bas. Moh le balik TBS.

KLIA2-TBS

Okay, tiket Jetbus nak balik TBS ni harga dia RM8. So kira fair and square la kan kau datang KLIA2 pon harga yang sama. Balik pon harga tu jugak. 

Akhirnya, sampai lah ke penghujung perjalanan kami. Penat tu tak payah cerita la kan. Tunggu bas UPM je dah dekat sejam. Tunggu tren je setengah jam yang kononnya DS Najib cakap prestasi dipertingkat 94%. Hmmm see yourself la either it is true or not. Tren pun janji melayu. Pampang 11am, pukul 11.30am baru nak sampai. Memang makan masa untuk ke KLIA2 je la. Bukan lepak KLIA2 yang lama. Perjalanan tu yang makan masa lama.

So untuk mereka mereka yang kesuntukan masa, Alin contohnya. Flight pukul 2pm, final paper 10.30am, aku nasihatkan pergi la cari sesape untuk hantar kau dengan kereta pergi KLIA2. Tak berbaloi kau buang masa dalam perjalanan. Satgi kena tinggal dek flight je menangis tak berlagu.

Hahaaa. Itu sahaja untuk malam ni. Panjang gila weh entry kali ni.
Demi mu Azlin AB.

with love
<3

16 comments:

  1. Tim pergi KLIA2 naik bus ya kt TBS? X boleh naik KLIA Express ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep naik bas je wida. kalau tgk kat web, ada je route klia express ke klia2. tak pasti la da start operasi ke belum.

      Delete
  2. Sangat2 membantu..tima kasih atas penerangan yg panjang lebar ni...neves esok 1st time pegi klia2 ..tqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Bawak diri elok elok kat klia 2 nti

      Delete
  3. Sgt membantu sebb nak cari surau x jumpe, pastu search jumpe blog ni dah tau dah :D tq and keep it up!

    ReplyDelete
  4. Thanks a lot for the info.. kiranya dr upm kta naik ktm serdang lpas tu turun tbs.. lpas tu naik bas ke klia2.. direct smpai klia2 yerr? sorry sy nak ke klia2 tp xtau jalan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. terus sampai klia2. jangan risau, tak sesat punya lah nanti. huhuu

      Delete
  5. salam, kaunter yg nk beli tiket bas kat klia2 ke TBS tu level brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kalau tak silap aras 2. kalau naik ktm tu, direct je naik jejantas then terus masuk tbs. kat aras yg sama beli tiket.

      Delete
  6. international department dgn domestik tempat awam ke kalau nak jalan-jalan je boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk lalu lalang depan gate departure, takde la dorang halang kan. Cuma kita tak boleh melepasi gate departure tu je kalau takde tiket or mana2 dokumen yg perlu.

      Delete
  7. oh yeke kalaw nak smpai food court tu kene lepas pelepasan antarabangsa dulu ke? or kene lalu sky bridges?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu lalu perlepasan antarabangsa pun sbb yg tu dah next building utk kita check in etc. food court kat main building skali dgn tempat shopping smua. Hmm camne ye nak explain kat sini 😅😅😅

      Delete
    2. food court level 2M tu kirenye dkat dalam main building ye ..kirenye lepas yg kite jumpe startbucks tu masuk kiri then ada life?

      Delete
    3. Oh bukan bangunan yg ada skali dgn starbuck smua tu. Bangunan yg lagi satu. Kat area starbuck pun ada kedai2 makan jugak. Dont worry nti dah sampai klia2, byk je signboard dia tunjuk tempat makan 😉

      Delete
    4. HEHE thank youu... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers