Thursday, 12 December 2013

Bulan Sibuk Sedunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
^_______________^

nah ambik ni sorang satu simpan dalam wallet/purse

Ya, semua itu perlu. Di saat suka, duka, sedih, sakit, seksa, merana. Sebabnya sebuah senyuman yang kita bagi kat seseorang tu mungkin mampu untuk menceriakan dan membahagiakan dia. Eh mana tau kot-kot kau tengah senyum tu, crush kau tertengok senyuman tu terus dia jatuh hati. Kot la kan. Kot. 

Hahh. Dah-dah la cakap pasal crush. Bosan. Crush hanya ilusi. Aku tunggu orang masuk minang je. Pastu kahwin terus. Sweet gitu. Uhuk uhukkk.

Orang kata senyum itu sedekah. Ya aku pun suka bersedekah dengan cara tidak mengeluarkan harta benda berbentuk kewangan mahupun berbentuk fizikal. Macam senyum, contohnya. Nasihat tu pun sedekah jugak. Hei kau ingat senang nak nasihat orang? Susah tau tak. Memerlukan beberapa skill yang sangat efektif tau.

Okay lets move on to our entry today. Bulan sibuk sedunia. Yes minggu ni sangat busy. Dah tiga minggu berturut aku busy. Mengalahkan Pak Najib dah rasanya. Minggu busy sedunia ni start pada 26 November hari tu sampai lah hari Ahad ni, 15 Disember. Ya Allah, busy sampai tak dunia la. Kalau tengok to-do list kat fon, memang kena scroll berjam-jam lah. Hahaaa propa sket. Takde la sampai berjam-jam kan. Tapi seriously memang banyak la kalau compare dengan sebelum ni.

Start dengan EMPAT test yang datang secara berturut-turut non-stop. Aku mula test hari tu 26-29 November. 
26 November : Industrial Chemistry 1
27 November : French 1
28 November : Polymer Chemistry
29 November : Catalysis

Mau gilaaaaaa weh duk membaca empat hari berturut. Final exam pun takde la empat hari berturut macam ni. Ada la jugak gap dua tiga hari. Test hari tu sangat kejam okay. Sangat kejam. Makan hati berulam jantung tau. Pastu nak pulak 28 November tu aku ada field trip kat NAHRIM. Memang tak la nak fokus baca untuk paper polymer sebab kena buat field trip report pulak lepas balik. Hidup memang serabai gila ahh time tu. Bilik dah macam tongkang pecah dah. Katil pulak macam tempat baju-baju kat shopping complex yang kena serbu dengan perempuan masa Year End Sale tiap-tiap tahun kat SOGO. Kau tak tau macam mana? Tolong pergi shopping kat SOGO minggu ni jugak okay! TOLONG! TOLONG! TOLONG!

ni salah satu contoh kat SOGO

Pastu the worst part is jerawat naik kat muka macam cendawan lepas hujan. Berlumba-lumba nak tumbuh kat pipi, dahi, dagu, hidung. Kuajaq betul. Nak meredah bahagian yang licin kat pipi ni, macam nak meredah banjir kat Kuantun tu. Seksa ohhh! 

Last week pulak kena buat lab report. Sepatutnya turn room-mate aku, tapi since ktorang kena buat dua lab report, so aku satu, dia satu. Minggu test tu aku dah buat dah. Tapi kali ni kena buat satu lagi sebab demo nak dua report. Hentak kepala kat dinding jap. -___-''
Time tu pulak assignment Etika tak siap lagi. Dr Zaid cakap due hari Isnin, 2 Disember. Aku mula typing segala bagai hari Ahad, 1 Disember. Gila kentang. Tapi aku berjaya siapkan assignment tu jam 3am dengan bantuan Alia Zakaria, room-mate a.k.a group mate dan jugak Fazreen Atila. Then presentation Etika pulak hari Selasa, 3 Disember. Group 1. Memang rasa macam "Oh why? why? whyyyyy???"

Dan sebab terlalu banyak kerja, aku menangis masa duk taip assignment Etika hari tu. Berharga wooo air mata kali ni. Masa tu la baru aku rasa masa tu sangat berharga. Macam tak cukup je 24 jam. Tambah jadi 30 jam boleh? Tapi mustahil. Allah dah bagi sama rata kat hamba-hambaNya. Sorang ambik 24 jam je. Cukup ke, tak cukup ke, tu kau punya pasal. Pepandai sendiri la urus masa.

Then minggu ni lagi satu minggu yang nak ditempuh. Tapi minggu ni takde la stress sangat macam minggu-minggu yang lepas. Sebab minggu ni hari rabu, 11 Disember cuti. Cuti sempena birthday Sultan Selangor. Tapi bagi aku tak cuti jugak. Sebab ada volunteering kat Kuantan, Pahang. Tolong mangsa banjir kat sana. Sedih jugak tengok keadaan kat sana. Aku terbayang kalau kena kat diri sendiri. Ya Allah macam tak kuat je nak tempuh. Harta benda semua rosak macam tu je. Rumah, perabot, kain baju semua, kereta. Banyak duit nak melabur untuk repair semua tu. Tu baru rumah. Kalau sekolah, lagi kesian. Masa ktorang pegi volunteering semalam, group aku kena pergi sekolah agama kat Kuantan. Lupa dah nama sekolah tu. Memang teruk la kena. Perabot rosak. Meja kerusi semua dah kotor. Pastu dokumen penting semua dah basah, koyak, hilang. Memang horrible gila la. 

Takde gambar sekolah agama tu sebab pengarah program cakap kita pergi untuk sukarela bukan suka-suka. So buat macam sukarela. Tak payah nak selfie sangat la kan. Cuma gambar peserta sukarela je yang ada sebagai bukti. Gambar sekolah tu takde.

KPZ Care Team, C9RET

Then esok pulak, 13 Disember ada interview french kat Fakulti Bahasa dari jam 10am-12pm. Lepas interview tu, aku kena balik Putrajaya pulak sebab jam 2pm ada dental appoinment dengan doktor gigi kesayangan. Aihhh memang penat la kan. Lepas appoinment terus kena balik UPM balik sebab hari Ahad, 15 Disember aku ada program kat kolej. Program kali ni aku yang handle. So memang wajib ada kat kolej. Penat tau tak. Penat~ 

Rasa macam nak give up on everything. Tapi bila rasa macam tu, aku rasa menyesal. Sebabnya aku dah buat benda ni separuh jalan. Rugi la kalau tak teruskan. Rugi tenaga, rugi masa, rugi duit. 

Heihhh panjang pulak entry kali ni kan. Suka pulak membebel sorang-sorang kat blog. Hahahaa. So to conclude everything, smile and do your best? Kenapa? Sebab ada sorang lelaki ni pernah bagi kata-kata semangat kat aku. Masa tu minggu final exam. Memang minggu stress super kaw-kaw la kan. Dia kata camni, "Do your very best. InshaAllah Allah will do the rest". Dan aku pegang kata-kata tu sampai hari ni.

p/s : sweet tak lelaki tu?? ihikkkkk. >.<

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Punya Lilypie

Lilypie Trying to Conceive Event tickers